Sila pastikan buku-buku yang anda
beli di gerai / kedai buku adalah naskah asli.
Mengenal ciri-ciri cetak rompak adalah seperti berikut:
-
- Kualiti isi yang tidak memuaskan.
- Gambar/rajah di kulit atau isi
buku yang hampir 80% tidak jelas (gelap).
- Ukuran bukunya lebih kecil dari biasa.
- Logo Darul Nu'man pada buku ini tidak jelas
(kabur) dan sebagainya.
- Buku-buku tersebut tidak boleh ditukarganti jika terdapat sebarang
kerosakan.
- Kualiti (jenis) kertas teksnya yang bercampur aduk jika dilihat
dari bahagian tepi buku.
Harga buku-buku cetak rompak ini dijual pada harga yang sama seperti
naskah asli. Ini adalah suatu kerugian dan pengkhianatan ke atas pihak
pembaca yang budiman. Walau bagaimanapun naskah-naskah cetak rompak
yang telah dimiliki atau dibeli (tanpa disedari) pembaca, kami halalkan
untuk dibaca dan diamalkan serta disebarkan mesejnya.
Sila pastikan buku-buku yang anda beli di gerai/kedai buku adalah naskah-naskah
yang asli.
Kerjasama orang ramai sangat diharapkan agar dapat membantu pihak penerbit
Darul Nu'man bagi menerbitkan lebih banyak lagi buku-buku agama Islam
dalam memperjuangkan misi dakwah ini, insya Allah.
Ribuan terima kasih diatas sokongan mulia anda.

All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG
1991
|