ISLAM adalah agama yang sesuai sepanjang zaman. Kesesuaiannya bukan
penghalang kemajuan dan bukan penyebab kepada kemunduran. Di zaman
yang serba maju ini berbagai peralatan telah dicipta dan diubah untuk
membantu manusia agar lebih pantas dan cekap menangani permasalahan
dunia. Antara yang menonjol dan terkini ialah alatan komputer dan
capaian internet.
Berbagai ilmu dan maklumat dapat dijana dengan kemajuan IT ini. Internet
mampu membawa kita meneroka ke seluruh pelusuk dunia dengan hanya
duduk di rumah tanpa perlu banyak belanja. Namun setiap yang baik
pasti ada keburukannya. Kawalan dan seliaan yang baik perlu diperhatikan
agar ia tidak membawa kemudharatan.
Semoga buku ini dapat membantu menghuraikan tentang selok-belok internet
dan kaitannya dalam kehidupan setiap individu umat Islam, insya Allah.
|