Sebagai mahkluk yang sempurna lagi mulia, insan dibekalkan dengan
pelbagai persiapan. Mereka dianugerahkan akal fikiran untuk menilai
antara kebaikan dan kejahatan, disamping al-Quran sebagai asas pedoman
hidup.
Setiap insan dikurniakan nafsu untuk dikemudi, sebagai ujian terhadap
diri sendiri. Inilah yang menjadi jurang perbezaan antara manusia
dengan para malaikat yang tidak pernah derhaka. Manusia itu bukanlah
manusia jika hilang lenyap nafsunya, tetapi jika mereka menjadi hamba
kepada nafsu akan celakalah kehidupan di dunia serta di akhirat. Ketinggian
martabat insan adalah bergantung kepada keupayaan mengendalikan nafsu.
Hakikat itulah yang menjadikan manusia sebagai makhluk pilihan.
Semoga buku ini dapat memberi pengetahuan yang jelas kepada kita
mengenai nafsu dan cara mengendalikannya, insya Allah.
|