Tajuk: Rahsia & Keajaiban Solat pada Perkembangan Minda Insan
Penulis: Abd. Rahman Abd. Majeed
Kod: DN 488
ISBN: 983-046-425-3
Kandungan: 120 m.s.
Harga: $5.00

Kembali ke halaman utama Kembali ke senarai utama buku Kembali ke senarai kategori

Hakikat Solat ialah menzahirkan hajat dan keperluan kita kepada Khaliq yang disembah melalui perkataan dan perbuatan atau dengan kedua-duanya. Solat juga merupakan doa kerana mengandungi hajat antara seorang hamba dengan Penciptanya. Solat merupakan satu bentuk ibadat yang indah dan amat tinggi kedudukannya berbanding ibadat-ibadat yang lain.

Setiap gerakan dalam Solat juga mendatangkan manfaat yang amat besar pada tubuh badan manusia. Kajian saintifik turut mengakui fakta tersebut. Ini berdasarkan beberapa kajian mendalam yang dibuat terhadap aliran darah dalam tubuh badan manusia. Menurut suatu hasil kajian sains terdapat dua urat saraf penting pada otak yang tidak dapat dimasuki darah melainkan semasa seseorang itu sedang sujud dalam Solat .

Semoga kandungan buku ini bermanfaat kepada kita dalam mendedahkan rahsia dan keajaiban Solat pada perkembangan minda insan, insya Allah.


Iklan Darul Nu'man