PERTEMUAN dua insan yang melakar sejarah keagungan dunia bermula pada
bulan Rabiulakhir. Rasulullah SAW dan Khadijah RA telah disatukan setelah
Ummul Mukminin itu terpikat lantaran amanah dan kejujuran yang tiada
tandingan. Walau berbeza usia, namun kasih sejati yang diberi memupuk
kekuatan dalam mengharungi cubaan ketika menjalankan amanah Pencipta
alam semesta.
Kenangan bersama Khadijah sering dicemburui, lantaran menjadi sebutan
serta selalu diingati. Itulah hakikatnya cinta pertama yang mekar semerbak
membekalkan semangat waja, membantu Baginda dalam menyebarkan wahyu
Ilahi ketika hanya segelintir sahaja manusia yang beriman dan percaya.
Semoga Rabiulakhir ini dapat menginsafkan kita betapa keluarga dan harta
Baginda SAW telah dikorbankan demi kesejahteraan makhluk yang bernama
insan, agar kita terus dalam peliharaan dan rahmatNya, insya Allah.
|