SEPERTI bulan-bulan lain, Jamadilawal datang menyapa membawa pelbagai
kenangan antara suka dan duka. Padanya zaman khalifah Umar Abdul Aziz
mula memerintah negara sehingga ketika itu beliau diangggap menjadi
khalifah ar-Rasyidun yang kelima, lantaran keadilan dan kesaksamaan
dalam pentadbiran hal ehwal rakyat jelata.
Namun keadilan yang dipaparkan itu hanya sementara kerana diumur yang
muda beliau telah dipanggil menghadap ke hadrat Allah yang Maha Esa.
Meninggalkan sejarah serta kemanisan hidup kepada manusia agar terus
berpegang kepada syariat dan sunnah baginda Rasul yang mulia.
Semoga buku ini dapat membantu menyimgkap segala peristiwa keagungan
Islam di masa lampau. Lantas menjadikan kita umat yang mulia berlandaskan
al-Quran, as-Sunnah dan teladan yang ditinggalkan oleh para sahabat
r’anhum serta mereka yang berpegang teguh padanya, insya Allah.
|