JIKA semua cinta masih bersisa, cinta para sahabat terhadap Nabi SAW
tidak meninggalkan baki walaupun sebesar zarah huma. Segala yang ada
dikorbankan, lantaran Allah dan Rasul sahajalah yang menjadi impian.
Itulah apa yang telah dilakukan oleh Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq RA
dan para sahabat lain.
Jamadilakhir menjadi saksi, bahawa diri yang tetap membenarkan Baginda
SAW telah dipanggil Ilahi. Diganti dengan insan yang kental lagi berani.
Umar al-Khattab RA yang pada awalnya memusuhi namun setelah hidayah
Allah diberi, dialah yang paling menyayangi serta membela Rasul Terakhir
ini. Masakan tidak, siapakah yang berani mengatakan bahawa baginda telah
tiada lagi, jika tidak disanggah oleh kekuatan tangan para pencinta
Nabi?
Semoga Jamadilakhir membawa kisah yang begitu nostalgia bagi umat Islam
dapat kita jadikan teladan bagi mengikuti jejak langkah mereka demi
kebahagiaan hari kemudian, insya Allah.
|