Dalam menghadapi berbagai aktiviti, adakalanya manusia sampai pada
tahap kejenuhan sehingga minda manusia menjadi letih. Ketika itu akan
terasalah bahawa terlalu sukar bibir kita untuk tersenyum sehingga wajah
kita kelihatan muram dan tidak bersemangat. Di antara salah satu cara
untuk menghilangkan kelesuan dan wajah yang muram itu adalah dengan
sesuatu yang lucu dan menggelikan hati.
Begitu juga dalam kehidupan sehari-hari banyak majalah-majalah lucu
diterbitkan untuk mengisi ruang-ruang fikiran yang terlalu letih untuk
bekerja. Semuanya itu membuktikan bahawa perkara yang lucu dan menggelikan
hati itu dapat memberikan motivasi kembali dalam diri setiap individu.
Rasulullah SAW juga pernah tersenyum kerana sikap lucu yang dilakukan
oleh sahabat baginda.
Begitu juga buku 2002 Senyum - Himpunan Kisah-kisah Lucu Jilid 2 yang
ada di tangan anda ini, mengandungi kisah-kisah benar yang terjadi pada
masa silam. Buku ini terdiri dari 7 siri. Semoga dari kisah itu akan
melahirkan seulas senyuman yang dapat menjernihkan minda anda, insya
Allah.
|