Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

AROMAcegahVIRUS

AMALAN SUNNAH yang DILUPAKAN...


Setiap ciptaan Allah mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik, juga disertakan dengannya khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia.

Allah memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

Semua ciptaan Allah hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.

Oud atau Gaharu sudah dikenali sejak zaman Nabi Sulaiman AS. Kayu Syurga ini digunakan sebagai bingkisan kerajaan Ratu Balqis untuk Nabi Sulaiman AS dan dianggap sebagai barang berharga dan istimewa.

Aroma wangian Gaharu membantu terapi fizikal dan mental serta bermanfaat untuk kesihatan zahir dan batin. Gaharu mampu menenangkan ketegangan saraf, sakit sendi, sistem pernafasan dan penghadaman, meredakan demam, selesema, insomnia serta mengurangkan stress. Pemakainya juga boleh terhindar atau sembuh dari gejala gangguan makhluk halus, ilmu hitam dan sihir, dengan izinNya.


ANJURAN NABI
MENGENAI GAHARU

Riwayat Muslim, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang dipelawa wangian, janganlah dia menolaknya."

Oud adalah antara kesukaan Rasulullah . Para sahabat akan bertanya pada Rasulullah

“Adakah hari ini ada wahyu sampai kepada Tuan? Sebab kami ada terhidu bauan Oud.”

Ini menunjukkan aromanya begitu suci dan sangat dekat dengan Nabi Muhammad .

Riwayat Imam Bukhari, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud,

“Golongan penghuni Syurga yang pertama kali masuk Syurga berbentuk rupa 'bulan' malam bulan purnama dan bahan nyalaan mereka adalah Gaharu.”


MERAWAT DENGAN GAHARU

Nabi Muhammad banyak mencontohkan pengubatan secara alami kepada umatnya ketika sakit. Salah satunya melalui kayu India atau yang dikenali dengan nama Kayu Gaharu Kayu Gaharu.

Imam Bukhari pernah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda:

“Rawatilah dirimu dengan Oud Hindi (Oud India Gaharu India). Wangiannya ini dapat menyembuhkan tujuh penyakit.

◊ Hendaklah dihidu oleh pesakit yang mengalami masalah tekak/tenggorok (termasuk selesema).
◊ Hendaklah disapu pada sisi hidung dan mulut untuk orang yang mengalami masalah radang paru-paru atau pernafasan.”

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ummu Qais binti Mihshan, Rasulullah pernah menganjurkan untuk berubat dengan kayu Gaharu India. Ummu Qais sendiri merupakan seorang sahabat perempuan termasuk dari wanita yang ikut hijrah pertama kali dan juga pernah berbaiat kepada Rasulullah . “Bahawa dirinya pernah mengunjungi Rasulullah bersama anaknya yang baru saja dirawat dengan cara memasukan jari ke kerongkong anaknya, lalu Baginda bersabda;

‘Bertakwalah kepada Allah. Dengan maksud apa kamu merawat penyakit tenggorok anakmu dengan memasukan jemari tangan? Gunakanlah kayu India ini, kerana padanya terdapat tujuh jenis penyembuhan. Diantaranya adalah penyakit radang paru-paru'.. (HR Bukhari)

Demikian juga At Tirmidzi mengeluarkan hadits dari Ibnu Abbas secara marfu’ :

“Sesungguhnya sebaik-baik cara rawatan bagi kamu adalah dengan menghidu aroma Gaharu India Aroma Kayu Gaharu India.”

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi bersabda yang bermaksud:

“Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” (HR Bukhari)

Ini telah disarankan oleh Rasulullah sejak 1400 tahun dahulu sebelum aroma terapi diperkenal dan dianggap sebagai salah satu cara rawatan alternative yang diiktiraf.


TINDAK BALAS JIN TERHADAP GAHARU

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as sihri wal massi as syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Oudy, Mesir ada menyatakan teknik perubatan menggunakan minyak Gaharu:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan sesuai dengan naluri jin jahat. Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang mendampingi seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwinnya. Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri disebabkan bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan bau aromanya.".


AROMA GAHARU CEGAH CORONAVIRUS COVID-19,
SARS, MERS-CoV, ZIKA, ANTHRAX, H1N1 dan BAGAINYA

Minyak Gaharu Minyak Gaharu adalah antiseptic Antiseptic terbaik dan berkemungkinan besar inshaa Allah dengan aromanya yang boleh sampai ke jarak mana termampu akan dapat membunuh pelbagai virus ( "taun" jisim jin jahat ) termasuk Coronavirus virus.

GAHARU dan HAJAR ASWAD

Sekilas fakta menarik Hajar Aswad, setiap solat 5 waktu Hajar Aswad akan diselenggara dan disapukan pati minyak Gaharu. Ratusan ribu umat manusia mencium batu Hajar Aswad dan Gaharu adalah antiseptic terbaik untuk menyahkan segala jenis virus.

[ 1 ]  [ 2 ]  [ 3 ]


Cara penggunaannya:

Cegah serangan virus melalui PERNAFASAN

Calitkan minyak Minyak Gaharu Asli tanpa Alkohol pada jari telunjuk. Ratakan dengan ibu jari seterusnya sapukan pada sisi hidung dan mulut juga ratakan pada kedua belah tangan sampai ke pergelangan.


Cegah serangan virus melalui PEMAKANAN

Jika gatal tekak. Calitkan ( minyak pati asli tanpa alkohol ) pada lidah sekadar awangan lalu minum air putih seteguk dua kemudian calitkan sekali lagi dengan kadar yang sama pada lidah seterusnya hindarkan makan dan minum selama 10 minit.

Amalkan yang di atas dengan berselawat kepada Nabi sebelumnya.


Minyak Gaharu/Oud yang beralkohol juga boleh digunakan pada pakaian
sebagai minyak wangi harian atau sanitizer.

Jangan disia-siakan minyak Gaharu kepada yang memilikinya di rumah. Inshaa Allah semoga ada manfaatnya.



KANDUNGAN SAINTIFIK GAHARU:
Olibanol, materi resin, terpenes, saponin, flavonoida dan polifenol.

SUMBER:
Haqqul Iman, Rowahu, Mutiara Hadits, Rahasia Hidup Sehat Ala
Nabi .

Wallahu ’alam Bishawab

Hubungi Hj Mohd HP: 019 2378600 untuk keterangan lanjut.
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


Anda Di Sini