Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

Wawasan
Bismillahirrahmanirrahim

Darul Nu'man sebagai sebuah penerbit buku-buku agama Islam berusaha mengembangkan imej Islam ke mercu inovatif dalam minda umat, sehingga bahan bacaan merupakan sebahagian dari kehidupan yang sukar untuk dipisahkan.

Untuk mewujudkan budaya membaca dan cintakan ilmu pengetahuan keagamaan yang bermutu, maka pihak penerbit berusaha memberikan bahan yang terbaik sebagai tatapan dan santapan rohani para pembaca yang budiman.

Bagi merealisasikan cita-cita murni, maka Darul Nu'man secara selektif menyusun aspek-aspek tertentu yang berkaitan dengan keperluan, pembinaan, persembahan, keselesaan dan minat para pembaca untuk memiliki buku yang kami terbitkan. Dengan menyelami keinginan pengguna, secara fitrahnya telah memenuhi hasrat dan kehendak insaniah yang dapat membahagiakan kita di dunia dan akhirat.

Darul Nu'man menampilkan aspek kualiti dengan mengetengahkan para penulis yang berpengalaman dan berpengaruh di tengah-tengah masyarakat dan memiliki pengetahuan yang luas. Disamping itu juga penulis yang memiliki kemahiran bahasa Arab yang baik berusaha menterjemahkan buku-buku Arab ke bahasa Melayu, sehingga memudahkan seluruh masyarakat Malaysia untuk menikmati bahan bacaan yang bermutu.

Namun begitu "tiada gading yang tidak retak", sebagai suatu bukti bahawa janji Allah itu benar bahawa setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelemahannya. Justeru dalam menempuh arus perjuangan masa depan yang serba mencabar, maka pihak Darul Nu'man mengharapkan teguran yang membina dari segala pihak jika menemukan sesuatu kekurangan dalam usaha murni kami memperjuangkan misi dakwah ini, insya Allah.

Popular

Wadah Harian

Kamu tidak akan masuk syurga, kecuali kalau kamu beriman, dan tidaklah beriman kalau kamu belum saling berkasih sayang. Mahukah kamu, aku tunjukkan sesuatu yang bila kamu kerjakan, kamu akan berkasih sayang antara satu sama lain? Tebarkanlah salam di antaramu.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kapsul Penerbit Wawasan