Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

CIRI-CIRI KAYU KOKKA TURKI & ASLI

Kayu Kokka yang terbaik mutunya berasal dari negara Turki.

Terdapat juga dari negara-negara lain seperti Nigeria, Iran dan Mesir.

 

Berikut adalah ciri-ciri kayu KOKKA negara Turki yang perlu anda ketahui:

  1. Berwarna coklat, bercampur-campur terang dan gelap serta terdapat sedikit kekuningan.
  2. Ada bahagian-bahagian tertentu yang berbintik-bintik.
  3. Jika direndam selama 5 - 10 minit, herbanya akan menyebabkan perubahan warna yang tidak ketara pada air.
  4. Kesan pudar dan pucat akan terbit seketika setelah dikeringkan akibat dari rendaman air.
  5. Adakalanya ia kelihatan pucat dan kekeringan apabila diguna pakai.
  6. Ada ketikanya pula ia berkilauan akibat herba yang terbit dari dalam kayu Kokka tersebut apabila diguna pakai.
  7. Warnanya berubah menjadi gelap dan berkilat dari masa ke semasa apabila diguna pakai.


KEPENTINGANNYA BUKAN SEKADAR KEASLIAN SAHAJA

NAMUN PASTIKAN JUGA KEUTAMAAN MUTU DAN PROSES PENGAMBILAN

AGAR SEMPURNA UNTUK KEGUNAAN ZAHIR DAN BATIN, INSYA ALLAH.

 

AWAS!

Jualan kayu Kokka palsu kini amat berleluasa dengan surat keterangan Kayu Kokka salinan fotostat di setiap muka surat akhir buku milik Darul Nu’man. Bagi mengelakkan kekeliruan atau penipuan orang ramai yang ingin memilikinya, pihak Darul Nu'man tidak melantik mana-mana wakil untuk mengedar atau menjual kayu Kokka.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak Darul Nu’man di talian berikut:

Pejabat: 03-2691 2645 atau H/P: 019-23 786 00

atau sila ke pejabat urusan Darul Nu'man di alamat

16A-1, Tingkat 1, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur.

Email: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

2001 MAG © Darul Nu'man.

Wadah Harian

Kamu tidak akan masuk syurga, kecuali kalau kamu beriman, dan tidaklah beriman kalau kamu belum saling berkasih sayang. Mahukah kamu, aku tunjukkan sesuatu yang bila kamu kerjakan, kamu akan berkasih sayang antara satu sama lain? Tebarkanlah salam di antaramu.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Laman Utama