Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Memori Sabtu - Siri Diari Seminggu 7Ubatilah Dirimu dengan Al Quran

Kisah Ajaib - Orang-orang Yang Makbul Doanya
Besarkan Imej


Kisah Ajaib - Orang-orang Yang Makbul Doanya

Harga: RM10.00


Tajuk: Kisah Ajaib - Orang-orang Yang Makbul Doanya
Pengarang: Syahrin Nasution
Kod: DN 081
ISBN: 983-9017-056-x
Kandungan: 240 m.s.

Kerinduan insan yang bertaqwa pada Ilahi akan menumbuhkan kemesraan dan kecintaan yang membara dalam kalbu. Kasih sayang Allah SWT menerbitkan cahaya makrifat dan menguak tabir hitam di dalam minda. Segenap jiwa dan raga tertumpu pada harapan untuk memperoleh keberkahan dan rahmatNya.

Doa mereka bertaqwa mengandungi keajaiban yang luar biasa, kerana Allah SWT melimpahkan rahmat seketika tangan ditadahkan di hadapan Ilahi. Sesungguhnya orang-orang yang zuhud dalam bermunajat kepada Allah SWT akan terbukalah tirai harapan dan makbulnya doa, umpama salji mencair disinari mentari.

Sabda Rasulullah SAW, "ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang-orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, doa imam yang adil dan doa orang yang dianiaya atau dizalimi...".

Semoga rahsia orang-orang yang makbul doanya ini memberikan motivasi dan dorongan bagi setiap umat Islam dalam bertaqarrub dan mendekatkan diri kepada Ilahi, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Anda Di Sini