Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Erti Mimpi & Amalan Penawar Mimpi BurukRumah yang Ditakuti iblis

Kelebihan Bulan & Hari  serta Amalan Wirid & Doa
Besarkan Imej


Kelebihan Bulan & Hari serta Amalan Wirid & Doa

Harga: RM12.00


Tajuk: Kelebihan Bulan & Hari serta Amalan Wirid & Doa
Pengarang: Abul Khairy Al Latifi
Kod: DN 032
ISBN: 983-9017-050-0
Kandungan: 324 m.s.

Keutamaan adalah nikmat yang paling besar telah Allah selipkan pada sesuatu ciptaanNya. Di dalamnya tersimpan seribu satu kelebihan bagi makhluk yang menjalinkan kerinduan dengan Allah. Hubungan yang suci itu akan lebih bermakna dan mendapat ganjaran yang mulia jika dikerjakan pada waktu yang tepat dan sesuai, disaat terhimpun rahmat dan nikmatNya.

Sebaik-baik orang mukmin adalah mereka yang panjang umurnya dan baik amalannya. Allah menjadikan hari, minggu dan bulan yang mengisi lingkaran tahun tersimpan kelebihan dan kenangan yang merupakan rahsia keutamaannya. Jika kelebihan dan keutamaan yang tersimpan dalam perjalanan masa itu dipenuhi dengan amal ibadah, maka Allah akan anugerahkan ganjaran kebaikan bagi siapa beramal di dalamnya.

Buku ini menjelaskan tentang kelebihan hari-hari dan bulan-bulan yang tertentu di sisi Allah serta amalan wirid dan doa yang sepatutnya diamalkan oleh seseorang. Semoga mendapat rahmat dan redha Allah bagi yang mengamalkannya, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Amalan Seharian