Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

1001 Malam - Kisah Abu Nawas Si Penglipur Lara - Siri 1Al-Quran & Sunnah serta Penemuan Moden

Amalan Bulan Ramadhan
Besarkan Imej


Amalan Bulan Ramadhan

Harga: RM5.00


Tajuk: Amalan Bulan Ramadhan
Pengarang: Muhammad Thalib
Kod: DN 304
ISBN: 983-046-235-8
Kandungan: 144 m.s.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan pembebasan diri dari azab neraka. Pada bulan ini Allah menurunkan lailatul qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan. Di dalamnya penuh keberkahan dan kesejahteraan sampai terbit fajar.

Ada lima keistimewaan bagi umat Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadhan. Pertama, Allah SWT datang melihat mereka, jika ini yang terjadi maka untuk selamanya dia tidak disentuh azab. Kedua, bau mulut mereka bagaikan minyak kasturi. Ketiga, para malaikat memohonkan keampunan siang dan malam untuknya. Keempat, Allah menyuruh syurga menghiasi diri sebagai balasan orang yang puasa. Kelima, pada akhir bulan Ramadhan Allah mengampuni dosa mereka semua.

Semoga buku ini memberikan pedoman bagi kita semua dalam menghadapi bulan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Cinta itu terbahagi lima:

1. Cinta manusia kepada Allah S.W.T.

2. Cinta manusia kepada dirinya.

3. Cinta kepada orang kerana kecantikannya.

4. Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya.

5. Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya.

* Petikan: Hukamak DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Ibadah Utama