Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Terjemahan Hadith Riwayat Imam Syafi‘e (Jilid 2)Kisah-kisah Wanita Syurgawi - 1001 Mutiara - Siri 1

Panduan Munajat Qiamullail - Ibadah Sepanjang Malam
Besarkan Imej


Panduan Munajat Qiamullail - Ibadah Sepanjang Malam

Harga: RM7.00


Tajuk: Panduan Munajat Qiamullail - Ibadah Sepanjang Malam
Pengarang: Muhammad Isa Selamat
Kod: DN 020
ISBN: 983-9017-042-x
Kandungan: 174 m.s.

Seringkali hati manusia diselimuti dengan keresahan dan kedukaan, juga kecewa dan merana yang sukar dicari penawarnya. Hanya jiwa yang mengerti akan hakikat kehidupan ini, mampu mencari matlamat kehidupan sesuai dengan fitrah yang Allah bekalkan dalam hatinya. Bagi memiliki sifat mulia seperti zuhud, qana'ah, sabar, tawadhuk dan istiqamah, hendaklah dengan bermunajat memohon segalanya hanya kepada Allah SWT.

Bagi insan beriman, nikmat dunia ini ada pada tiga perkara iaitu, qiyamullail, silaturrahim dan solat berjemaah. Bangunlah dikala kesunyian malam dengan bertahajjud dan berzikir kepadaNya agar segala keresahan dalam kehidupan dapat disingkirkan. Tiada jalan yang dapat mensucikan hati melainkan dengan menyerahkan diri dan segala urusan hanya kepada Allah semata.

Semoga buku ini dapat memberi motivasi dalam beribadah dan mendapat keberkatan dariNya, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Wadah Harian

Kamu tidak akan masuk syurga, kecuali kalau kamu beriman, dan tidaklah beriman kalau kamu belum saling berkasih sayang. Mahukah kamu, aku tunjukkan sesuatu yang bila kamu kerjakan, kamu akan berkasih sayang antara satu sama lain? Tebarkanlah salam di antaramu.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku