|

Sesungguhnya tidak ada
kehidupan yang kekal abadi di dunia ini. Kehidupan manusia
di muka bumi ini hanyalah sementara. Akhirat jua tempat tinggal
yang kekal abadi. Sebagai umat Nabi Muhammad, kita sentiasa
terpelihara dan mendapat rahmat dari Allah SWT.
Sebagaimana kita sedia
maklum, Nabi Muhammad adalah nabi terakhir yang diutuskan
Allah untuk seluruh umat manusia. Tiada lagi nabi yang diutuskan
selepas baginda. Selepas kewafatan baginda, bermulalah era
akhir zaman dimana dunia akan mengalami kehancuran. Terdapat
pelbagai tanda yang telah diturunkan oleh Allah SWT sebagai
tanda dunia telah berada di ambang kiamat.
Berikut disenaraikan gambar-gambar yang
membuktikan keagungan, kebesaran dan kekuasaan Allah SWT untuk
dijadikan santapan rohani serta pedoman dalam meniti perjalanan
menuju dunia akhirat.
[Klik pada gambar untuk paparan lebih besar]
|