|
Sila
Baca dengan Teliti dan Faham Maksud serta Tujuan SEBENAR.
RAHSIA
& KELEBIHAN
KAYU KOKKA
Jenis kayu Bahtera
Nabi Nuh AS - Tongkat Nabi Musa AS
Setiap
ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan
yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan
bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian
dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri.
Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan
bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan
manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat
yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya,
manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai
khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian
dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.
Sepertimana
kita sedia maklum, Rodium, Paladium, Platinum, Emas dan
Perak merupakan bahan logam yang paling berharga
dalam industri barangan perhiasan. Menurut urutan, Rodium
merupakan logam paling mahal dan sukar didapati. Bagi wanita
misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam
bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium
yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana
ia keras serta ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang
mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun dalam kebanyakan
logam, magnet atau besi berani adalah logam yang paling
aneh dan unik.
Di
dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati
Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi
menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga
pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan
sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai
kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh
pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan
binatang buas. Manakala kayu Kokka
pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis
kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan
sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti
bahtera
Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan tongkat Nabi
Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.
Kesemua
ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata.
Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya.
YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya.
PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai
pelbagai rahsia dan kelebihan.
Kayu
Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan
sebagai penawar, penyembuh dan pelindung.
Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih.
Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya
dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap
individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’
sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.
Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman
mereka yang telah memakainya:
- Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan
pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
- Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal
atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum,
insya Allah akan tidur.
- Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam,
kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah
sembuh.
- Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke
bahagian yang sakit, insya Allah lega.
- Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam;
rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut,
insya Allah sembuh.
- Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam
ke dalam air suam dan minum. Insya Allah
aman dan sembuh segera.
- Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam
air dan beri minum, insya Allah sembuh.
- Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah
akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
- Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang
berbisa, insya Allah akan hilang segala
bisanya.
- Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya
Allah akan tenang dan aman.
- Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita,
insya Allah mereka tidak akan terdaya.
- Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas
di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang,
lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya
beroleh kemenangan, alhamdulillah.
- Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang
pantas kilat lagi bahaya insya Allah
tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman
dan beramal soleh.
Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya
sahaja walau sebiji,
jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari
bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.
Akan bertambah lagi khasiatnya
jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.
Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa
atas segalanya.
Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya
serta sentiasa mengingati Allah SWT
dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan
serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan
yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.
Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan
Negara,
INSYA ALLAH.
Penulisan Kelebihan Kayu
Kokka di atas adalah bertujuan supaya setiap individu memiliki
walau hanya sebiji dengan
berkat amalannya bagi kesejahteraan Agama, Diri, Keluarga
dan Negara dari gangguan dan anasir jahat pihak tertentu.
2001
MAG © Darul Nu'man
JAWAPAN
TERHADAP PENAFIAN MUFTI BAHAWA KAYU KOKKA BERKHASIAT
&
DAKWAAN LEBIH KEPADA MOTIF PERNIAGAAN
BERITA HARIAN - 28 November 2006. m/s 4
&
HARIAN METRO - 5 Januari 2007 m/s V4.
|