|
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat
baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun
ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada
aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya.
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana
Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku
dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa
itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu,
maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang
demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau
menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.
Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha
Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima
taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan
harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah
berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli
keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan
ke atas mereka.
|