|
Menurut sebuah hadith dari
Rasulullah SAW bahawa nama yang baik diberikan kepada anak-anak
dari kaum muslimin ialah nama para nabi. Manakala yang lebih
afdhal (utama) dan disukai oleh Allah SWT ialah Abdullah dan
Abdur Rahman. Sedangkan nama yang paling tepatnya ialah Harith
dan Hammam. Nama yang paling buruk pula ialah Harb (perang)
dan Murrah (pahit).
Adalah menjadi kewajipan bagi kedua
ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya.
Pada dasarnya, memberikan nama yang baik kepada anak-anak
bukanlah wajib hukumnya. Namun, jika ditinjau dari segi kesan
dan akibat yang timbul daripadanya, maka hukumnya akan beralih
menjadi wajib secara sendirinya.
Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih dan
memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan
oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud
yang baik.
- Nama-nama Pilihan Anak Lelaki.
- Nama-nama Dilarang dalam Islam.
|