|
Daripada hadith yang diriwayatkan oleh Baihaqi, seorang
sahabat Nabi SAW bernama Abu Dajanah berkata, "aku
telah mengadu kepada Rasulullah SAW dengan berkata",
Wahai Rasulullah, sedang aku berbaring, tiba-tiba aku mendengar
desiran suara seperti bunyi kisaran gandum dan berdengung
seperti suara lebah. Dan aku terlihat pancaran seperti pancaran
kilat. Lalu aku mengangkat kepala kerana terkejut dan takut.
Tiba-tiba aku nampak bayangan hitam berdiri tegak memanjang
memenuhi ruangan rumahku. Lalu aku mendekati bayangan itu,
aku terasa kulitnya seperti bulu landak. Bayang itu menyemburkan
cahaya seperti semburan bunga api ke arah mukaku sehingga
aku menyangka badan dan rumahku terbakar."
Lalu
Rasulullah SAW menerangkan, "Itu adalah syaitan yang
mahu mengganggu dan membuat keburukan di rumahmu, wahai
abu Dajanah."
Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Ali
bin Abi Talib menulis tulisan ini. Maka Saidina Ali pun
menulisnya seperti berikut:


Maksudnya;
"Inilah perutusan dari Muhammad
Rasul sekian alam. Kepada mereka yang datang mengerjakan
umrah dan berziarah. Amma ba’du. Sesungguhnya
kebenaran itu adalah perlindungan bagi kita. Jika engkau
terlalu baik, jahat, pemimpin yang sebenar ataupun yang
bathil. Inilah kitab Allah yang membicarakan dengan
sebenar-benarnya kepada kita, sesungguhnya Kami mencatatkan
apa yang kamu lakukan dan malaikat kami menulis segala
apa yang engkau sembunyikan. Tinggalkanlah pembawa utusan
ini dan pergilah kepada penyembah berhala dan mereka
yang menyangka bahawa ada tuhan lain selain Allah. Katakanlah
tiada tuhan melainkan Dia. Segala sesuatu akan hancur
melainkan Dia. Baginyalah segala ketentuan dan kepadaNyalah
kamu semua dikembalikan. Haa Miiim, mereka tidak akan
diberi pertolongan, Haa Miim, Ain Siiin Qaaf. Berpecah
belahlah musuh-musuh Allah, Hujah Allah itu amat jelas,
Tiada kekuasaan melainkan kekuasaan Allah. Allah akan
memberikan kecukupan kepadamu, Dia Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui. Maha benarlah Allah Yang Maha Besar."
Aku membawa tulisan
tersebut balik ke rumah dan aku letakkan di kepala dan tidur.
Tidak lama kemudian, aku mendengar jeritan dan tangisan
berkata, "Wahai Abu Dajanah, engkau telah membakar
kami dengan perkataan/tulisan tersebut." Demi kebenaran
sahabat Mu, tolonglah buangkan tulisan tersebut. Aku berjanji
tidak akan datang mengganggumu lagi. Abu Dajanah menjawab,
"Aku tidak akan membuangkannya sehingga Rasulullah
menyuruh aku membuangnya."
Abu
Dajanah menyambung ceritanya, sepanjang malam tersebut aku
mendengar jeritan dan suara mengerang kesakitan sehinggalah
menjelang subuh. Ketika aku sembahyang subuh bersama Rasulullah,
aku pun menceritakan kepada baginda hal tersebut. Demi Allah
yang telah mengutusku sebagai Rasul, sesungguhnya mereka
(syaitan-syaitan) itu telah merasakan kesakitan dan akan
menerima azab siksa hingga ke hari kiamat. |