...
alam
terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram,
seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak
keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana
dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat
dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda
tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas
Nabi.
“Hai saudara,” tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. “Setiap
tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan
doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat
saudara asyik membaca selawat saja.”
Wajah mayat bertukar jadi himar
“Saya ada alasan tersendiri,” jawab pemuda itu. “Saya meninggalkan
Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah
saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya
sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan
saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya.
Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa
ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana
saya mahu memberitahu orang ramai tentang kematian ayah
saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?
“Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan.
Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya
melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda
itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya
apabila melihat saya dan berkata, “Mengapa kamu susah hati
dengan apa yang telah berlaku?”
“Maka saya menjawab, “Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan
dialah orang yang paling saya sayangi?”
“Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya
sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala.
Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya
seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama.
“Engkau siapa?” tanya saya kepada pemuda yang baik hati
itu.
“Saya yang terpilih (Muhammad).”
“Saya lantas memegang jarinya dan berkata, “Wahai tuan,
beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh berlaku?”
Rahsia selawat 100 kali
“Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah
menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar
wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah
menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat.
“Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan
selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua
amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan
ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan
aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk
memulihkan semula keadaan ayahmu.”
^ Kembali ke atas
^
Bersama Seorang Pemuda
Penggali Kubur
Diriwayatkan dari Ibnu Hubaiq: Riwayat
dari ayahku yang berkata, Yusuf bin Asbath pernah bertemankan
seorang pemuda dari Teluk, yang tidak pernah berbincang-bincang
dengannya (Yusuf) selama sepuluh tahun. Akan tetapi, Yusuf
mengetahui kerisauan dan kecemasan hati pemuda itu dan juga
ketekunannya melakukan ibadat pada siang mahupun malam hari.
Kepada pemuda itu Yusuf pernah berkata, “Apa sebenarnya pekerjaanmu
dahulu, sehingga aku lihat dirimu selalu tertunduk menangis?”
“Dahulu aku adalah seorang penggali kubur,” jawabnya.
“Apa yang pernah kamu lihat saat berada di liang lahat?”
tanya Yusuf meminta penjelasan.
“Aku melihat rata-rata muka mereka dipalingkan dari arah
kiblat, kecuali beberapa orang saja,” kata pemuda itu.
“Kecuali beberapa orang saja?” tanya Yusuf dengan penuh
hairan.
Sakit gara-gara cerita penggali kubur
Setelah berkata demikian, Yusuf pun
gelisah dan fikirannya tidak tenteram. Oleh itu dia memerlukan
ubat untuk menyembuhkan kegelisahannya.
Ibnu Hubaiq meneruskan ceritanya, “Ayahku
berkata: Kami lalu memanggil doktor Sulaiman untuk mengubati
Yusuf. Setelah mendapatkan perawatan yang teratur, Yusuf
pun sihat kembali seperti sediakala dan dia pun berkata,
“Kecuali hanya sedikit saja!” Yusuf terus-menerus mengucapkan
demikian, dan lantaran itu dia mendapatkan perawatan terus
agar fikirannya normal kembali.
Ketika doktor Sulaiman selesai mengubati
dan hendak pulang, Yusuf berkata kepada orang-orang yang
menungguinya, “Apa yang mesti kalian berikan kepada doktor
itu?”
“Dia tidak mengharapkan apa-apa darimu,” jawab kami semua.
“Subhanallah! Kalian telah berani mendatangkan doktor kerajaan,
akan tetapi, aku tidak memberikan sesuatu pun kepadanya,”
kata Yusuf. “Berikan kepadanya wang beberapa dinar!” kata
kami kepada Yusuf.
“Ambillah ini dan berikan kepadanya serta tolong beritahukan
kepadanya bahawa aku tidak memiliki sesuatu pun, kecuali
sekadar ini, agar dia tidak berprasangka bahawa aku ini
mempunyai harga diri yang lebih rendah daripada para raja,”
kata Yusuf.
Tanah yang akan kita masuki
Yusuf kemudian menyerahkan sebuah beg
mengandungi wang sebanyak lima belas dinar dan diberikannya
kepadaku. Selanjutnya kuserahkan wang tersebut kepada doktor
Sulaiman atas pertolongannya kepada Yusuf.
Sejak peristiwa itu Yusuf akhirnya tekun menganyam tikar
dari daun kurma hingga akhir hayatnya.
Dan diriwayatkan dari Hubaiq yang mengatakan:
Yusuf bin Asbath pernah berkata, “Dari ayahku, aku mendapatkan
harta waris berupa tanah seharga lima ratus dinar yang terletak
di daerah Kufah. Akan tetapi, pada akhirnya terjadilah perselisihan
di antara saudara-saudaraku, kerana itu aku meminta pendapat
kepada Hasan bin Shaleh. Hasan bin Shaleh lalu berkata kepadaku,
“Aku tidak ingin kamu terlibat pertentangan dengan mereka,
hanya disebabkan masalah tanah yang akan kita masuki kelak.”
Demikianlah atas saranan Hasan bin Shaleh
itu, maka kurelakan tanah itu kepada mereka secara ikhlas
kerana Allah SWT semata sebab aku menyedari bahawa diriku
adalah bahagian daripada tanah.
^ Kembali ke atas
^