...
yeikh
Hasan Al-Bana dilahirkan pada tahun 1906, yang dibesarkan
dalam keluarga Islam yang taat. Dengan asuhan secara Islam
itulah maka ia boleh berkata: “Hanya Islamlah ayah kandungku.”
Hal itu kerana rasa cintanya terhadap ajaran Islam, kerana
ajaran itulah yang membentuk watak dan keperibadiannya.
Ayah kandungnya sendiri adalah Syeikh
Ahmad Abdurrahman yang lebih terkenal dengan panggilan as-Sa’ati,
atau si tukang jam.
Hasan Al-Bana hafal 30 Juz kitab suci
Al-Quran, padahal umur beliau pada saat itu baru 20 tahun.
Ketika umur yang sekian itu beliau berhasil menginsafkan
Syeikh Abdul Wahab Jandrawy, Pemimpin (Syeikh) Al-Azhar
University yang mempunyai pengaruh besar pada segenap lapisan
masyarakat dan mempunyai hubungan yang akrab dengan berbagai
pihak.
Namun Syeikh yang banyak ilmunya itu
tidak mempunyai roh jihad membela rakyat dan Islam dari
kezaliman Raja Farouk dan penjajah Inggeris. Kecuali Syeikh
Jandrawy ini adalah seorang pemimpin Sufi yang mempunyai
banyak pengikut setiap malam berzikir dan berselawat dengan
nyanyian-nyanyian khusus ahli Thariqat, tetapi mereka tidak
mengerti sama sekali bahawa mereka itu terkurung oleh suasana
yang diliputi kejahilan dan kejumudan umat. Mereka jauh
dari semangat dan keagungan Islam kerana suasana kemunduran
umat yang membelenggu.
Pada tahun 1927, ketika Hasan Al-Bana
baru berusia 21 tahun, beliau telah lulus dari Perguruan
Darul Ulum Mesir, beliau terus mengajar di Ismailiyah. Di
Ismailiyah beliau semakin mengerti suasana rakyat Mesir
yang telah sempurna rosaknya. Amat nyata perbezaannya antara
kehidupan bangsa Mesir yang menjadi pekerja kasar dengan
rumah serta perkampungan yang buruk; dengan kehidupan orang-orang
kulit putih yang menempati gedung-gedung megah dengan segala
keangkuhannya. Kecuali kemiskinan dan kebodohan, rakyat
juga banyak yang rosak moralnya kerana pengaruh kehidupan
Barat yang sengaja direka oleh kaum penjajah untuk menghancurkan
rakyat Mesir dari segi yang lain.
Dalam suasana yang demikian itulah Hasan
Al-Bana mendirikan suatu jemaah yang dinamakan “Al-lkhwanul
Muslimin” (Persaudaraan orang-orang Muslim) pada bulan Dzul
Kaedah 1347 Hijrah (Mac 1928) yang bertujuan untuk mewujudkan
cita-cita Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh.
Semangat kedua beliau itulah sebagai rantai yang menyambung
kepada cita yang diinginkan oleh Hasan Al-Bana beserta kawan
kawannya di dalam membentuk organisasi tersebut.
Adapun khiththah gerakan lkhwanul Muslimin
yang menuju cita yang diredhai Allah berdasarkan Al-Quran
dan Sunnah Rasulullah SAW itu melalui tahapan yakni:
1. Membentuk peribadi Muslim
2. Membentuk rumahtangga dan keluarga Islam
3. Cara hidup kampung Islam
4. Menuju kepada negeri Islam
5. Menuju kepada pemerintahan Islam.
Gerak Ikhwanul Muslimin meliputi segala
bidang dakwah, mulai pendidikan terhadap anak-anak, pelajaran
Al-Quran bagi orang dewasa, pendidikan keluarga, bidang
sosial walaupun nampaknya sederhana sekalipun, dari kampung-kampung
sampai kepada Universiti di kampus-kampus, mulai artikel
sampai penerbitan buku dan majalah-majalah, sampai kepada
urusan politik dalam amar makruf nahi mungkar, dan sebagainya.
Sampai kepada Muktamar Ikhwanul Muslimin
yang ketiga tahun 1934, tampak tokoh-tokoh intelektual dan
para ulama terkenal yang menjadi anggota dan pendukung Ikhwan,
seperti Syekh Thanthawi Jauhari, seorang ahli tafsir terkenal
dan Guru Besar. Kemudian Sayid Quthub, Dr. Abdul Qadir Audah,
seorang Hakim terkenal, dan juga Dr. Hasan Al-Hadlaiby,
dan sebagainya.
Syeikh Hasan Al-Bana bersama kawan-kawannya
tidak mampu berdiam diri menghadapi kekuasaan Raja Farouk
yang telah tenggelam dalam kemabukan, rasuah, dan sewenang-wenang.
Perbezaan pendapat, perselisihan, dan akhirnya pertentangan
dengan penguasa yang aniaya dan dibantu oleh kekejaman penjajah
Inggeris tidak dapat dihindarkan.
Tentu saja penyokong Kerajaan bekerja
keras untuk dapat mengawasi gerak-geri para anggota Ikhwanul
Muslimin. Kaum Imperialis Inggeris pula di dalam mencelakakan
Ikhwanul Muslimin mempunyai peranan yang sangat besar.
Akhirnya pada pagi hari tanggal 13 Februari
1949 beliau memanggil puteranya. Kemudian beliau bercerita
kepada puteranya itu bahawa semalam beliau bermimpi merasa
dikunjungi Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Ali bin Abi Thalib
berkata kepada beliau: “Wahai Hasan, kamu telah menunaikan
kewajipan, semoga amalmu diterima oleh Allah.”
Kemudian pada petang harinya, beliau meninggalkan rumah
bersama kawan-kawan seperjuangan pergi menunaikan tugas.
Tiba-tiba beliau di tembak oleh seorang anggota Polis kakitangan
Raja Farouk, dan tersungkurlah beliau di tepi jalan Kairo,
dan beliau menemui syahidnya setelah sampai di hospital.
Beliau meninggal dunia kerana ditembak
di pinggir jalan raya, dan tidak diketahui siapa pembunuhnya.
Bahkan pembunuhnya mendapat hadiah dari Raja Farouk.
Jenazah beliau hanya disolatkan oleh ayah
beliau sebagai Imam dan anak lelaki beliau sebagai makmum.
Hanya dua orang. Kerana di sekeliling rumah beliau dijaga
ketat oleh askar negara untuk melarang siapapun masuk
rumahnya memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.
^ Kembali ke atas
^
Al Sayyid Quthub Dihukum
Gantung
Tidak lama setelah penembakan terhadap
Hasan Al-Bana, terjadilah penangkapan besar-besaran terhadap
anggota Ihwanul Muslimin oleh regim Nasser, yang beliau waktu
itu menjawat tugas Perdana Menteri dan Ketua Dewan Revolusi
Mesir. Anggota Ikhwanul Muslimin yang ditangkap ketika itu
sebanyak 10,000 (sepuluh ribu) anggota dan seluruhnya dimasukkan
ke dalam penjara, termasuk mereka yang berjasa dalam perang
melawan Inggeris di Suez.
Baru 20 hari sejak penangkapan besar-besaran itu, terdapat
1,000 orang tahanan anggota Ikhwanul Muslimin yang mati akibat
seksaan dan penganiayaan. Dan 6 (enam) orang yang dijatuhi
hukuman mati.
Di antara anggota-anggota Ikhwanul Muslimin
yang ditahan dalam penjara itu adalah Hakim Dr. Abdul Qadir
Audah, Muhammad Faraghali, dan Sayyid Quthub. Para tahanan
itu tidak sedikit yang dijatuhi hukuman penjara antara 15
tahun sampai seumur hidup, dan juga hukuman mati, dan kerja
paksa memotong dan memecah batu-batu di gunung-ganang. Mereka
yang membangkang mogok tidak mahu kerja paksa kemudian ditembak.
Pernah kejadian yang mogok itu ditembak sekaligus 22 orang
dalam penjara mereka. Kejadian itu pada tahun 1977.
Adapun Sayyid Quthub, beliau pernah
dihebahkan oleh pihak lnggeris, barangsiapa yang dapat menangkapnya
akan mendapat hadiah 2000 Pound Sterling.
Sayyid Quthub ini lahir pada tahun 1903
di Musha, sebuah kota kecil di Asyut, Mesir. Beliau telah
hafal Al-Quran 30 Juz sejak masih anak-anak, meraih gelaran
sarjana dalam tahun 1933 dari Universitas Cairo, kemudian
bekerja pada Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan
kemudiannya mengirim beliau untuk belajar di Amerika Syarikat
selama dua tahun.
Sepulang dari Amerika Syarikat beliau
ke Inggeris, Swiss, dan Itali. Sepulangnya dari luar negeri
beliau kemudian menyatakan keyakinannya bahawa Mesir harus
membebaskan diri dari kebudayaan asing yang negatif dan
merosak keperibadian Islam serta ketimuran itu.
Beliau adalah seorang penyair dan sasterawan
yang hasil karyanya diperhatikan orang. Pada tahun 1946
beliau menulis buku berjudul “Al-’Adalatul Ijtima’iyah Fil
Islam” (Keadilan Sosial Di Dalam Islam). Buku ini amat popular
dan cemerlang sehingga menjadikan beliau termasyhur. Apalagi
setelah buku ini diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa,
beliau benar-benar seorang tokoh yang berwawasan. Terutama
buku ini sebagai jawapan dari sikap Nasser yang mengumandangkan
Sosialisme Arab itu.
Sebenarnya Sayyid Quthub ditahan jauh
sebelum peristiwa “Sandiwara Penentangan” terhadap Nasser
pada tanggal 26 Oktober 1954, iaitu dua hari setelah Ikhwanul
Muslimin dilarang oleh Nasser. Adapun kesalahan beliau yang
paling banyak ialah kerana beliau mengarang dan menulis
beberapa buku yang bersifat semangat Islam. Selain “Keadilan
Sosial Dalam Islam,” juga buku “Mu’alimut Thar” (Tonggak-tonggak
Jalan) yang isinya menolak kebudayaan jahiliyah moden dalam
segala bentuk dan praktiknya.
Kekejaman terhadap para tahanan dan
terhadap beliau dari penguasa mesir tak terkira. Melebihi
Nazi Jerman.
Hal ini telah diungkapkan oleh para bekas tahanan yang kemudian
selamat kembali kepada keluarga mereka. Mereka banyak berkisah
tentang kekejaman penguasa zaman Raja Farouk mahupun oleh
Pemerintah Nasser. Ramai para bekas tahanan itu yang bercerita
sambil bercucuran air mata bila teringat kawan-kawannya
yang mati diseksa dan dibantai di hadapan mata kepala mereka
sendiri. Hukuman cambuk, cucian otak dengan alat-alat elektronik
sehingga para korban menjadi hilang akal, dan sebagainya.
Bermacam-macam tuduhan yang dilontarkan.
Tuduhan palsu, fitnah yang dibuat-buat, yang kesemuanya
itu tidak ada kesempatan bagi para anggota Ikhwan untuk
membela diri. Mereka tetap mengatakan Ikhwanul Muslimin
salah, mengkhianati negara dan bangsa, dan sebagainya serta
tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal.
Adik Sayyid Quthub yang bernama Muhammad
Quthub meninggal dalam penjara. Dan Sayyid Quthub sendiri
dibebaskan oleh penguasa pada tahun 1964 atas usaha Presiden
lrak, Abdus Salam Aref almarhum. Selepas dari tahanan ini
keluarlah buku beliau berjudul “Tonggak-tonggak Islam,”
sehingga pada bulan Ogos 1965 beliau ditangkap dan ditahan
lagi bersama 46,000 (empat puluh enam ribu) anggota Ikhwanul
Muslimin.
Dalam pengadilan beliau berkata, “Aku
tahu bahawa kali ini yang dikehendaki oleh pemerintah (Nasser)
adalah kepalaku. Sama sekali aku tidak menyesali kematianku,
sebaliknya aku berbahagia kerana mati demi cinta. Tinggal
sejarah yang memutuskan, siapakah yang benar, Ikhwan ataukah
regim ini.
Ketika beliau di mahkamah pada tahun 1954 juga berkata:
“Apabila tuan-tuan menghendaki kepada saya, inilah aku
dengan kepalaku di atas tapak tanganku sendiri!”
Pada bulan Ogos 1966 Mahkamah Tentera
menjatuhkan hukuman gantung kepada tokoh Ikhwanul Muslimin
termasuk beliau. Dengan sebuah senyum pada hari Isnin, di
waktu fajar menyingsing tanggal 29 Ogos 1966, beliau meninggal
dunia di tiang gantung sebagai jalan untuk menemui Allah!
Demikianlah hukum yang terjadi di dunia
ini, yang benar belum tentu menang dan yang salah belum
tentu kalah. Namun pada umumnya yang berkuasa itulah yang
dibenar-benarkan, kerana pihak yang tidak mendapat kesempatan
untuk berbicara kerana bukan penguasa, walau tidak kuasa
berkata bahawa dirinya benar. Dan Nasser merasa dirinya
di pihak yang benar sehingga Ikhwanul Muslimin dianggap
sebagai pengkhianat bangsa dan negara. Padahal setiap Mesir
ditimpa bahaya, penguasa selalu minta tolong kepada para
anggota Ikhwanul Muslimin untuk tampil ke depan membela
tanah air, tetapi setelah keadaan aman, Ikhwanul Muslimin
dijauhkan dari kebenaran, diketepikan, dianggap sebagai
organisasi yang najis dan ekstrim.
Demikianlah nasib para pejuang dalam membela
kebenaran, bahawa risiko yang dihadapinya tidak sedikit dan
bahkan sering membawa korban, diseksa, dianiaya dan demikian
itulah cara Allah untuk mengetahui keimanan dan ketakwaan
seseorang. Dengan demikian, jelaslah bahawa siapa saja yang
tidak mahu berjuang untuk membela kebenaran adalah orang yang
lemah mentalnya, dan akan mendapat seksa di akhirat nanti.
^ Kembali ke atas
^
Ibnu Taimiyah Dipenjarakan
Nama lengkap beliau adalah Taqiyuddin
Abdul Abbas Ahmad bin Abdul Salam bin Abdullah bin Muhammad
bin Taimiyah Al-Harrani Al-Hambali, yang lahir pada hari Isnin,
10 Rabiul Awwal 66l H. (22 Januari 1263 M) di Harran. Ayah
beliau adalah seorang alim ahli agama, seorang besar dalam
bidang agama Islam, iaitu Syihabuddin Abu Ahmad Halim Ibnu
Taimiyah. Ayah beliau ini adalah seorang Imam Muhaqqiq yang
banyak ilmunya, meninggal tahun 681H Neneknya adalah Syeikhul
Islam, Majduddin Abul Barakat Abbas Salam Ibnu Taimiyah, seorang
Hafiz Hadith yang ternama.
Kerana diburu oleh bangsa Monggol, maka
ayah beliau pindah ke Damaskus dengan seluruh keluarganya.
Di Damaskus itulah beliau mempelajari agama Islam, yang
ternyata sebagai anak yang cerdas. Guru beliau antara lain
adalah ulama besar yang bernama Zainuddin Abdul Daim Al-Mukaddasi,
Najmuddin Ibnu Asakir, dan seorang ulama perempuan terkenal,
Zainab binti Makki, dan sebagainya yang lebih dari seratus
guru lagi banyaknya.
Beliau kuat ingatan, cepat hafal, lekas
faham, dan tidak bosan membaca serta tidak pernah beristirehat
di dalam menambah ilmu, juga dalam perjuangannya.
Setelah ayah beliau meninggal dunia,
beliau menggantikan ayah beliau mengajarkan ilmu fiqh dalam
mazhab Hambali dan dalam ilmu tafsir. Pada tahun 691H. (1292
M) beliau pergi haji, dan di Kota Makkah beliau bertemu
dengan ramai ulama besar. Ramai ulama yang beliau tinggalkan
namanya kerana salah dalam sesuatu debat dan pendapat di
dalam masalah hukum.
Itulah Ibnu Taimiyah, ulama besar yang
merengkuk dalam penjara Mesir. Baru saja beliau bebas dari
penjara, kemudian ditangkap lagi dan dipenjarakan yang kedua
kalinya selama setengah tahun lagi. Sebabnya kerana beliau
menulis sebuah kitab yang isinya tentang masalah ketuhanan
yang tidak disetujui oleh para ulama. Di dalam, penjara
yang hanya setengah tahun itu beliau berhasil menginsafkan
banduan yang merengkok bersama beliau sehingga semua yang
insaf itu menjadi pendukung beliau dan menjadi pengikut
yang setia. (Ada sumber yang mengatakan bahawa di penjara
yang kedua ini selama satu setengah tahun lagi lamanya).
Adapun isi kitab yang menyebabkan beliau
di penjara yang kedua itu adalah beliau menentang ajaran
Tasawwuf Ittihadiyah yang menyatakan bahawa Allah boleh
hulul (bertempat) dalam tubuh makhluk. Jelasnya kepercayaan
hulul ialah kepercayaan bahawa Allah bersemayam dalam tubuh
salah seorang yang memungkinkan untuk itu kerana kemurnian
jiwanya atau kesucian rohnya. Adapun kepercayaan ittihad
(Al-lttihad) ialah kepercayaan tentang Allah yang dapat
bersatu dengan manusia. Apabila telah terjadi ittihad, maka
orang yang bersangkutan tak sedar diri.
Hal ini mereka namakan makwu, atau sampai
kepada tingkat lenyapnya zat yang fana dengan Zat Allah
yang baqa. Kalau sudah sampai tingkat yang begini, maka
segala yang diucapkan tidak terkena hukum syirik walaupun
pada zahirnya syirik, kerana orang yang mengucapkan itu
sedang dalam keadaan sukar atau mabuk kepayang. Di antara
kaum sufi dan Guru Thariqat mempercayai melancarkan faham
ini adalah Umar Ibnul Faridh dan Ibnu ‘Ath’allal.
Itulah faham sesat yang beliau tentang,
tetapi beliau bahkan di penjara selama satu setengah tahun
di Syam.
Baru beberapa hari keluar dari penjara yang kedua, ia ditangkap
lagi dan dipenjarakan selama lapan bulan lamanya di Aleksandria,
kerana fatwa beliau pula yang tidak sesuai dengan faham
para ulama.
Keluar dari penjara Aleksandria, beliau
dipanggil oleh Sultan Nashir Qalaun untuk memberikan fatwa
di muka umum. Sebabnya sampai sikap sultan demikian ialah
kerana sultan senang terhadap sifat terus-terang beliau.
Beliau bersedia memberikan fatwa atau ceramah di muka umum,
dan ternyata fatwa beliau itu menggemparkan para ulama yang
bermazhab Syafi’e, namun beliau tetap dikasihi oleh Sultan.
Bahkan beliau mendapat tawaran menjadi professor pada sebuah
Sekolah Tinggi yang didirikan oleh Putera Mahkota.
Dalam tahun 1313 beliau diminta untuk
memimpin peperangan lagi ke Syiria. Beliau diangkat menjadi
professor lagi dalam sebuah Sekolah Tinggi, tetapi pada
bulan Ogos 1318 beliau dilarang mengeluarkan fatwa oleh
Penguasa, padahal fatwa-fatwa beliau itu diperlukan umat
saat itu. Dengan diam-diam para murid beliau mengumpulkan
fatwa-fatwa beliau yang cemerlang itu dan berhasil dibukukan,
kemudian dicetak, yang bernama “Fatwa Ibnu Taimiyah” Alangkah
sedih hati rakyat yang ternyata masih ramai yang mencintai
beliau.
Mereka tetap mendatangi beliau minta
fatwa-fatwa, terlebih lagi rakyat baru lepas rindunya terhadap
beliau yang baru pulang ke Kota Damsyik yang beliau tinggalkan
selama lebih dari tujuh tahun, dalam waktu itu beliau hidup
dari penjara ke penjara.
Beberapa waktu kemudian beliau ditangkap
lagi dan dipenjarakan yang keempat kalinya selama lima bulan
lapan hari.
Demikianlah hidup beliau, dari penjara
ke penjara. Semua perkara yang dijadikan masalah telah beliau
keluarkan fatwanya. Soal talak tiga di dalam satu majlis
hanya satu yang jatuh, tentang beliau melarang berziarah
ke Masjid atas kubur keramat kecuali Masjid Haram di Makkah
dan Masjid Nabawi di Madinah dan Baitul Muqaddis di Jerusalem.
Juga sekitar masalah keTuhanan dan memurnikan ajaran Islam,
mengamalkan ibadah yang murni menurut faham yang terdahulu,
iaitu faham salaf. Juga masalah syirik dan bid’ah yang membahayakan
akidah Islam beliau tentang, agar Islam kembali kepada kemurniannya
seperti zaman salaf.
Yang terakhir beliau ditangkap lagi
atas perintah Sultan dalam bulan Sya’ban 726 H. (Julai 1326
M) dan kemudian dipenjarakan yang kelima kalinya selama
20 bulan. Kali ini kamar tahanannya amat sempit dan bertembok
tebal. Dalam kamar tahanannya itu beliau tetap menulis,
kerana menulis itu yang membawa kebahagiaan bagi beliau.
Beliau dilarang berfatwa kemudian menulis, bahkan isi tulisannya
sangat bagus.
Maka walaupun beliau hidup dalam lingkungan
tembok penjara yang tebal, tetapi hati beliau tidak sedih
dan tidak pula gundah. Dalam penjara inilah beliau berkata
yang kemudian terkenal sampai sekarang, iaitu: “Orang yang
terpenjara ialah yang dipenjara syaitan, orang yang terkurung
ialah orang yang dikurung syaitan. Dan dipenjara yang sebenarnya
ialah yang dipenjarakan hawa nafsunya. Bila orang-orang
yang memenjarakan saya ini tahu bahawa saya dalam penjara
ini merasa bahagia dan merasa merdeka, maka merekapun akan
dengki atas kemerdekaan saya ini, dan akhirnya mereka tentulah
mengeluarkan saya dari penjara ini.”
Setelah petugas tahu bahawa beliau dalam
penjara terus menulis, maka semua kitab dan alat-alat
tulis beliau dirampas dan dikeluarkan dari kamar penjara.
Itulah hukuman yang paling kejam bagi beliau. Keadaan
ini beliau terima dengan hati sedih dan bercucuran air mata.
Dalam penjara terakhir ini beliau bersama
dengan para murid beliau yang juga dimasukkan dalam tahanan.
Namun semua pengikut beliau yang ditahan itu telah dibebaskan,
kecuali seorang murid beliau yang paling setia yang masih
menyertai beliau dalam penjara, iaitu Ibnul Qayyim Al-Jauziyah
(691-751H).
Setelah tidak boleh menulis lagi, beliau
pun mengambil kitab suci Al-Quran yang tidak ikut dirampas.
Beliau baca Al-Quran itu sampai penat, kemudian berzikir
dan solat, membaca Al-Quran lagi bertilawat, kemudian solat
dan berzikir. Demikianlah yang beliau kerjakan, sehingga
sejak beliau tidak boleh menulis telah menamatkan
(mengkhatamkan) membaca Al-Quran 80 (lapan puluh kali).
Dan ketika beliau membaca akan masuk
ke 81 kalinya, tetapi ketika sampai kepada ayat yang ertinya,”
... Sesungguhnya orang yang muttaqin itu akan duduk di dalam
syurga dan sungai-sungai yang mengalir di bawahnya, di dalam
kedudukan yang benar, pada sisi Tuhan Allah Yang Maha Kuasa.”
Beliau pun tidak dapat meneruskan bacaannya lagi, kerana
jatuh sakit selama 20 hari.
Saat itu beliau telah berusia 67 tahun,
dan telah merengkuk dalam penjara yang terakhir itu selama
lebih dari 20 bulan lamanya, dan ketika itu sakit beliau
semakin bertambah. Orang ramai tidak mengetahui bahawa beliau
dalam keadaan sakit, kerana yang mengurus diri beliau hanyalah
Ibnul Qayyim Al-Jauziyah muridnya yang setia. Baru setelah
muadzin berseru dari atas menara bahawa beliau telah pulang
ke rahmatullah, berduyun-duyun orang mengerumuni gerbang
penjara.
Ramai orang yang terisak menangis dan
meratapi kematian beliau. Juga ramai orang yang ingin mengambil
berkah dari hanya melihat wajah beliau, memegang jenazah
beliau dan bahkan ada yang mencium beliau.
Beliau meninggal dunia hari Isnin, 20
Zul Kaedah 728 H. (26-28 September 1328 M), dalam usia 67
tahun, setelah sakit dalam penjara lebih dari 20 hari. Beliau
menghembuskan nafas yang terakhir di atas tikar solatnya,
sedang dalam keadaan membaca Al-Quran.
Walaupun begitu beliau seorang yang
banyak dibenci terutama oleh mereka yang bermazhab Syafi’e,
tetapi jenazah beliau diiringkan ke pusara oleh 200,000
orang lelaki dan 15,000 orang wanita.
Demikianlah akibat yang dialami oleh
beliau dalam memperjuangkan kebenaran, demi tegaknya agama
Islam di atas dunia.
^ Kembali ke atas
^