...
i
sebuah kota yang bernama Kota Babylon, semua orang yang tinggal
di dalam kota tersebut berkeyakinan dan menyembah suatu Tuhan
iaitu yang diperbuat daripada berhala. Jadi mereka mengukir
patung-patung berhala lalu mereka juga yang menyembahnya.
Mereka beribadah serta bersembahyang kepadanya dan mereka
juga amat menakutinya tuhan berhala itu tadi. Dan antara lain
menjadi salah satu tradisi mereka ialah apabila mereka selesai
beribadah di rumah ibadah atau kuil mereka, sebelum keluar
setiap mereka mesti membeli satu patung berhala kecil untuk
mereka letakkan di dalam rumah dan juga untuk di sembah. Dan
sebenarnya siapakah yang menjadi tukang ukir bagi patung-patung
itu semua? Ia adalah seorang lelaki yang bernama Azar.
Pada suatu hari masuklah si anak kepada
Azar tukang ukir patung anaknya, itulah dia Nabi Ibrahim
as. Lalu Nabi Ibrahim pun bertanya kepada bapanya: “Wahai
ayahku, adakah engkau benar-benar yakin dan percaya bahawa
semua patung-patung yang kamu ukir dan jual itu semuanya
adalah Tuhan yang hakiki?” Bila Azar mendengar pertanyaan
sebegitu dari anaknya terus dia menjadi marah akan tetapi
Nabi Ibrahim tidak memperdulikannya dan dia terus bertanya
dan bertanya. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya Azar: “Adakah
engkau ambil berhala menjadi Tuhan? Sesungguhnya aku melihat
engkau dan kaum engkau dalam kesesatan yang nyata.”
(Al-An’am: 74)
Berterusanlah si Azar bapa Nabi Ibrahim
memarahinya dia betul-betul marah kepada anaknya lantas dia
berkata dengan suara yang tinggi kepada anaknya sepertimana
yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:
Berkata bapanya: “Adakah engkau benci kepada Tuhanku ya
Ibrahim? Demi jika engkau tidak berhenti nescaya kurejam
engkau dengan batu dan tinggalkanlah aku dalam masa yang
panjang.”
(Maryam: 46)
Sesungguhnya Nabi Ibrahim siang dan malam
tidak habis-habis memikirkan tentang dunia yang ada di sekelilingnya
dia tercari-cari manakah satu Tuhan yang sepatutnya dan semestinya
dia menyembah. Maka pada suatu malam yang gelap gelita tiba-tiba
muncul bintang yang cahayanya bergemerlapan di langit. Jadi
dia terus berkata di dalam hatinya: “Inilah Tuhanku maka bermula
dari hari ini aku akan menyembahnya!” Akan tetapi malang bila
tiba waktu siang semua bintang-bintang yang bergemerlapan
di waktu malam itu tadi pun terus hilang. Firman Allah SWT
yang bermaksud:
Tatkala malam telah gelap Ibrahim melihat bintang lalu dia
berkata: “Inikah Tuhanku? Tatkala bintang itu terbenam dia
berkata: “Aku tidak mengasihi barang yang lenyap itu.”
(Al-An’am: 76)
Keesokannya Nabi Ibrahim melihat kepada
bulan pula dia mendapati bahawa bulan di malam hari itu terlalu
cantik itulah bulan purnama namanya. Maka dia mula berkata-kata
lagi di dalam hatinya: “Aku rasa inilah dia Tuhan aku. Maka
aku akan menyembahnya moga-moga ada kebaikan buatku.”
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Tatkala dia melihat bulan telah terbit dia berkata: “Inikah
Tuhanku?” Tatkala bulan itu terbenam dia berkata lagi: “Jika
aku tidak di tunjuki oleh Tuhanku nescaya aku termasuk kaum
yang sesat.”
(Al-An’am: 77)
Akan tetapi sangkaannya itu meleset sama
sekali kerana pada keesokannya bulan terbenam dan hilanglah
cahayanya yang terang benderang pada waktu malam tadi. Tetapi
dia tidak bersedih. bahkan bergembira kerana dia berpeluang
melihat matahari pula. Lantas dia mengatakan: “Matahari lebih
besar pula cahayanya dari bulan dan bintang, maka aku rasa
inilah dia Tuhanku yang sebenar.” Tapi sayang bila sampai
waktu petang di dapati matahari yang di sangkanya Tuhan itu
turut hilang. Maka Nabi Ibrahim pun tidak jadi untuk menyembahnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Tatkala dia melihat matahari terbit dia berkata: “Inikah
Tuhanku? Ini lebih besar.” Tatkala matahari itu terbenam
dia berkata: “Wahai kaumku sesungguhnya aku berlepas diri
dari apa-apa yang kamu persekutukan itu.” (Al-An’am:
78)
Akhirnya Nabi Ibrahim mengambil keputusan
bahawa dia tidak akan sama sekali menyembah mana-mana tuhan
kecualilah Tuhan yang menjadikan alam ini Tuhan yang menjadikan
bintang, bulan dan juga matahari juga dunia dan seisinya.
Dia tidak akan sama sekali menyembah Tuhan selain Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Ingatlah ketika Ibrahim berkata: “Wahai Tuhanku perlihatkanlah
kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang yang mati.”
Allah berfirman: “Tidakkah engkau beriman?” Sahutnya: “Ya...
aku beriman tetapi untuk mententeramkan hatiku.” Allah berfirman:
“Ambillah empat ekor burung dan hampirkan kepada engkau
(potong-potong semuanya) kemudian letakkan di atas tiap-tiap
bukit sebahagian dari burung-burung yang dipotong itu, kemudian
panggillah semuanya nescaya datanglah semuanya kepada engkau
dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah: 260)
Bermula dari hari itu Nabi Ibrahim mula
menyeru kepada kaumnya agar segera meninggalkan tuhan berhala
mereka itu “sembahlah Allah Tuhan yang Esa dan juga Tuhan
yang menjadikan kita semua.” Akan tetapi mereka tidak memperdulikan
kata-katanya bahkan mereka mengutuk dan memberikan ancaman
kepadanya. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Mereka berkata: “Adakah engkau mendatangkan kebenaran kepada
kami atau engkau bermain-main?” Dia berkata: “Bahkan Tuhan
kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakan
semuanya. Dan aku menjadi saksi atas demikian itu.” (Al-Anbiyaa’:
55 dan 56)
Mereka memang langsung tidak menghiraukan
kata-kata Nabi Ibrahim hinggakan sampai peringkat mereka mengatakan
bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang yang bodoh lagi jahil dan
juga akal fikirannya terlalu sempit serta menyeleweng. Maka
pada suatu hari seluruh ahli penduduk kota itu keluar beramai-ramai
kerana merayakan hari raya bagi Tuhan berhala-berhala mereka
dan perayaan tersebut di jalankan di luar kota bukan di dalam
kota. Jadi di kala itu tidak ada seorang pun yang tinggal
di dalam kota lengang kecuali Nabi Ibrahim sahaja. Begitu
juga dengan rumah ibadah mereka lengang tiada sesiapa.
Nabi Ibrahim merasakan bahawa inilah
peluang untuk dia mengajar kaumnya lalu dia bersegera menuju
ke rumah ibadah kaumnya. Dia terus masuk ke dalamnya yang
mana terdapat satu kawasan lapang dipenuhi dengan bermacam-macam
patung berhala. Tanpa berlengah Nabi Ibrahim terus mengambil
kapaknya lalu dipukul dan dihancurkan ke semua patung-patung
itu tadi habis semua dimusnahkan cuma satu sahaja yang tidak
dimusnahkan iaitu patung yang paling besar. Kemudian yang
dilakukan oleh Nabi Ibrahim dia menyangkutkan kapaknya tadi
ke leher patung berhala yang besar itu dan Nabi Ibrahim
terus pergi meninggal rumah ibadah tersebut pulang ke rumahnya.
Di kala itu semua kaumnya sedang sibuk
merayakan perayaan tuhan mereka. Mereka merayakannya dengan
penuh meriah sekali lebih-lebih lagi si raja yang bernama
Namrud iaitu raja Kota Babylon ketua bagi mereka juga turut
hadir. Bilamana perayaan tadi selesai terus raja memberi
isyarat kepada hamba-hambanya dan tanpa berlengah si hamba-hamba
tadi terus mengangkatnya untuk kembali semula ke dalam kota
mereka. Dan sebelum sampai ke istananya raja mengarahkan
kepada seluruh hamba-hambanya agar membawa dia ke rumah
ibadah (kuil). Bila sahaja raja Namrud menjejakkan kakinya
ke dalam kuil dia terperanjat besar begitu juga dengan rakyat-rakyat
yang turut hadir. Dia dapati bahawa ke semua patung-patung
berhala telah habis musnah jatuh bergelimpangan dan berkecai.
Kemudian Namrud berkata dengan suaranya
yang tinggi: “Siapakah yang berbuat sebegini kejam sekali?”
Seluruh rakyatnya yang hadir terus berkata: “Lain tidak
bukan ialah seorang pemuda yang tidak mahu beriman kepada
tuhan-tuhan kita ini. Pemuda itu namanya Ibrahim!” Raja
Namrud terus menjerit: “Bawa segera pemuda itu ke mari!”
Merekapun bersegera pergi mendapatkan Nabi Ibrahim. Mereka
menangkapnya dan dibawa ke hadapan Namrud yang masih menunggu
di dalam kuil.
Sampai saja terus Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Kamukah
yang melakukan perbuatan ini kepada tuhan-tuhan kami?” Nabi
Ibrahim berkata: “Bukan aku yang melakukannya kamu tidak
lihat di leher patung berhala yang paling besar itu terdapat
satu kapak yang besar. Sudah tentulah dia yang memusnahkan
ke semua patung-patung itu. Kalau tidak percaya cuba kamu
tanyakan kepadanya ataupun kamu tanyakan kepada patung-patung
yang telah binasa tentang siapakah yang memusnahkan mereka
semua?”
Raja Namrud dan rakyatnya tidak semena-mena
merasa malu dan tersipu-sipu kerana mereka tahu bahawa sesungguhnya
patung-patung itu sama sekali tidak boleh berkata-kata.
Lalu Namrud pun terus berkata: “Wahai Ibrahim! Kamu sendiri
pun tahu bahawa patung-patung itu semua tidak boleh berkata-kata,
tidak boleh berjalan-jalan dan juga langsunglah tidak boleh
buat apa-apa!”
Terus Nabi Ibrahim as. menjawab: “Jadi kalau begitu mengapa
kamu menyembahnya. Bagaimana kamu boleh menyembah sesuatu
yang langsung tidak memberi kamu apa-apa manfaat tidak memberi
mudarat buat musuhmu dan langsung tidak dapat untuk mempertahankan,
dirinya sendiri?”
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Ibrahim berkata: “Patutkah kamu sembah selain Allah barang
yang tiada manfaat kepadamu sedikitpun dan tidak pula memberi
mudarat kepadamu? Celakalah kamu dan apa yang kamu sembah
selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahaminya?” (Al-Anbiyaa’:
66 dan 67)
Akhirnya Raja Namrud dan seluruh rakyatnya
mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim dibakar dengan api atau
unggun yang besar. Maka Namrud pun terus memerintahkan seluruh
rakyatnya agar menyediakan api besar hinggakan sampai peringkat
burung-burung tidak berani untuk terbang di atasnya kalau
terbang juga mereka akan terbakar kerana nyalaan api yang
besar itu.
Setelah sampai masa yang telah ditetapkan,
Namrud pun duduk di atas singgahsana sambil terus melihat
kepada api yang sangat besar itu di dalam hatinya terselit
kegembiraan yang sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim
akan mati dibakar api, dia gembira kerana api akan memakan
seorang yang tidak mahu beriman dengan tuhan mereka.
Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada
satu tiang seakan-akan lastik yang besar dan terus Nabi
Ibrahim di lemparkan ke dalam api yang besar itu. Mereka
terkejut melihat Nabi Ibrahim kerana ketika mahu dilemparkan
dia begitu tenang sekali langsung tidak meronta-ronta ataupun
melawan. Lebih terkejutlah lagi bila mereka saksikan bahawa
Nabi Ibrahim langsung tidak di makan oleh api bahkan dia
boleh berjalan ke sana sini pula dalam api tersebut.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai api! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat
terhadap Ibrahim.” Mereka hendak memperdayakan Ibrahim dengan
dia lalu Kami berkati di dalamnya untuk seluruh alam.(Al
Anbiyaa’: 69 dan 70)
Sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan
Nabi Ibrahim dari kejahatan dan kezaliman si Raja Namrud dan
rakyat-rakyatnya dan Allah menunjukkan kepada mereka bahawa
sebenarnya patung-patung berhala itu langsung tidak memberi
makna apa-apa langsung, tidak ada kekuatan dan bagi manusia
yang di kurniakan akal fikiran pula tidak wajarlah merasakan
bahawa patung berhala itu sebagai Tuhan yang mesti disembah.
Tidak lama selepas itu api yang besar
tadi pun terpadam lalu Nabi Ibrahim segera keluar dari longgokan-longgokan
bara api dengan selamat seakan-akan tidak ada apa-apa yang
berlaku ke atasnya. Dan terus Nabi Ibrahim membawa dirinya
meninggalkan kaumnya membiarkan mereka itu semua dengan
kehendak mereka, juga buatlah sesuka hati dengan tuhan berhala
mereka. Nabi Ibrahim menyerahkan segalanya kepada Allah
SWT untuk memberikan hukuman juga membinasakan mereka.
Bermusafirlah Nabi Ibrahim membawa diri
kepada Tuhannya ditinggalkannya kaum yang degil lagi bodoh
sombong dalam kebinasaannya yang telah Allah jadikan kepada
mereka. Dia membawa diri bermusafir hinggalah sampai ke
bumi Palestin dan di sana dia menyeru manusia supaya beriman
Tuhan yang Esa iaitu Allah SWT dan mengerjakan ibadah kepadanya.
Ditakdirkan oleh Allah SWT bahawa di mana sahaja Nabi Ibrahim
pergi dia tetap menanamkan keimanan kepada Allah dan akhirnya
Allah SWT juga telah memberi hadiah yang besar kepadanya
iaitu lahirlah dari zuriatnya keturunan yang baik dan soleh
yang kemudian kebanyakan mereka itu menjadi nabi dan rasul
yang Allah utuskan kepada seluruh manusia agar membawa mereka
kepada bertuhankan Allah SWT dan menjauhkan mereka dari
bertuhankan tuhan selain Allah seperti berhala dan lain-lain
lagi. kemudian memberi tunjuk ajar kepada seluruh manusia
untuk beribadah kepada Allah SWT. Dengan sebab itulah Nabi
Ibrahim digelarkan dengan gelaran “Bapa sekalian nabi-nabi.”
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Perhatikanlah riwayat Ibrahim
dalam kitab (Al-Quran). “Sesungguhnya dia adalah seorang yang
sangat benar dan seorang nabi.” (Maryam:
41)
^ Kembali ke atas
^
Namrud Berlawan Dengan
Tentera Nyamuk
Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari
Rabu, ia dibinasakan Allah SWT dengan tentera nyamuk.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan
Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31)
Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh
ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud
berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai
malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku.
Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”
Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi
sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan
tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada
selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”
Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul
di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar
dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi
permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya
Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman:
“Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk
daging tentera Namruz.”
Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan
kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut
menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka,
Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan
terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran
tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud
sehingga ia dapat pulang ke istana.
Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa
tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:
“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya
engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk,
tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk,
jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai
besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”
Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud,
lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan
tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon
selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk
ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian
ia memakan otak Namrud selama 40 hari.
Begitu besar sifat pengasih dan penyayang
Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera,
tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang
diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh
Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah
Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah
SWT.
^ Kembali ke atas
^