|
Kekeliruan
antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock
Melihat pada gambar di atas,
tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah
Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan
dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan
agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah
Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.
Masjidil Aqsa merupakan kiblat
pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan
perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan
Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil
kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan
gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka
hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang
sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan
sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka
semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan
tersebut.
Lihat pula gambar di bawah,
berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang
lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock
jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga
yang mengenal Manikam
Agenda
Israel menghapuskan Masjidil Aqsa
Berikut disertakan juga terjemahan
daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan
kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah
dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan
mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:
Terdapat beberapa kekeliruan
di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila
sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan
mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang
dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan
orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan
ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah
dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan
gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim.
Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan
diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya
dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.
Ini meyakinkan saya bahawa
Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan
umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina
kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak
yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan
gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan
bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh
bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya
kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin
kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara
kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa
kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam
perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai
Lain-lain gambar berkaitan:
|