|
Gejala utama:
Panas yang tinggi lebih dari 38 0C, selsema tiada hingus dan
batuk tiada kahak, sesak nafas, nafas pendek.
Tanda-tanda lain:
Sakit kepala, kaku otot, tiada selera makan, lemah dan lesu,
kemerahan pada kulit, diare.
(Untuk lebih jelas sila dapatkan nasihat doktor)
1. WHO menyebut penyakit yang menjadi penyebab
KLB ini sebagai SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome),
suatu pneumonia atipik (atypical pneumonia) yang belum dapat
ditentukan penyebabnya.
2. SARS saat ini merupakan ancaman bagi kesihatan
masyarakat global dan seluruh dunia perlu bekerjasama untuk
menemukan penyebabnya dan menghentikan penyebarannya.
3. Setakat ini belum ada cadangan untuk membatasi
perjalanan orang ke tujuan manapun. Akan tetapi diharapkan
semua individu berwaspada terhadap perkembangan penyakit ini.
Dalam pada itu WHO sahingga kini masih melakukan penyelidikan
tentang penyebab, perjalanan dan cara penularan penyakit ini.
Info Penyakit Menular
- DKRI © 2001
S A R S
Suatu Alamat Rasulullah Sebut
" Penyakit Ganjil Akhir Zaman "
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir
akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang
terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit
ganjil (seperti Coxsackie, JE dan kini SARS pula) disebutkan
oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat.
Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;
"Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku
di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari
terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya.
Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa
melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan
timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak
pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit
ganjil)."
(HR: Ibnu Majah)
Al Quran dan Sunnah serta
Penemuan Moden DN
250
Rahsia
& Kelebihan Kayu Kokka
Jenis kayu Bahtera Nabi Nuh AS - Tongkat Nabi
Musa AS
Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya
sahaja walau sebiji,
jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari
bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.
Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha
Berkuasa atas segalanya.
Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya
serta sentiasa mengingati Allah SWT
dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh kesejahteraan
di dunia dan akhirat.
|