|
Di era akhir
zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan
pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari
dan terus mencari selera yang pelbagai. Baru-baru ini kita
telah digemparkan oleh akhbar Metro dengan kisah "sup
janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir
manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan
yang sedemkian.
Adalah dimaklumkan
bahawa mereka sanggup berbuat demikian demi untuk menguatkan
tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah lagi dengan khasiat tongkat
ali, ikan belacap, gambir sarawak dan sebagainya. Kini janin
yang tidak berdosa pula menjadi pilihan penggemar penguat
tenaga seks.
Tabiat dan amalan
ini tidak ubah seperti perlakuan canibal (manusia makan orang).
Cuma bezanya mereka ini tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan
dengan canibal yang tinggal di dalam hutan).
Nampaknya semakin
kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara
dan peristiwa pelik yang berlaku. Adalah tidak mustahil jika
pada suatu hari nanti kita akan melihat terdapatnya manusia
yang memakan daging manusia secara terang-terangan di bandar-bandar
besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa agar kita tidak berada
di zaman tersebut.
Semua perkara
yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang buruk
dan lemah itu datangnya dari kesilapan kita sendiri sebagai
umat manusia. Bersamalah kita berusaha memperbaiki amalan
kita setiap hari, semoga menjadi insan yang mendapat kejayaan
di dunia dan di akhirat, insya Allah.
<Klik
pada setiap gambar untuk mendapatkan saiz yang lebih besar>
|